m h p photo | my stail mengucapkan Selamat di Dunia dan Akhirat kepada anda semua. Moga dirahmati oleh Allah SWT

Selasa, 26 Januari 2010

SALAM MESRA

Salam hormat kpd semua yg melayari blog aku ini. Sekarang aku berada di Bahagian Sarikei kerana ada tugasan di sini. Rasa berat nak ke sini kerana anak kesayanganku demam sekarang. Nak tumbuh gigi kata doktor. Doakannya akan selamat.

Jumaat, 22 Januari 2010

VICTORIA FOREST RESTORAN DIPERBESARKAN

Salam hormat kepada semua kerana melayari blog saya. Ini satu cerita yang baru saya. Ptg semalam aku ke Victoria Forest dengan tujuan untuk mengambil atap daun aku dari Tauke Ramdy. Aku gunakan 4wd nya untuk membawa atap aku ke rmah baruku di Sri Wangi. Aku nak buat pondok, pondok yang akan2 menyerupai pondoknya. Aku bercerita panjang dengan bapa mentuanya (org yang design pondok2 kecil Victoria Forest). Sampai saat aku nak balik, aku berjumpa dgn tauke Ramdy. Sungguh ku tak percaya, dia offer aku sekali lagi untuk menjadi rakan kongsinya dalam bisnes ini. Dia nak buat tempat karaoke (karaoke org luar tak dengar suara, jadi takada pencemaran bunyi). Dia akan buat di depan tanah kosong Victoria Forest. Nama lain tapi masih juga di bawah Victoria Forest. Modal katanya dalam 15K-20K. Ah...... kalau lah aku baikpulih rumah baru aku, aku dah join dia tapi mesti ada perkara yang lebih penting dari itu. Rugi aku, 15K-20K aku mampu cari kerana aku yakin perniagaannya ini akan lebih berjaya dari sekarang. InsyaAllah, kau akan berjaya lebih dari sekarang Ramdy.

Sabtu, 9 Januari 2010

VICTORIA FOREST RESTORAN

Jalan masuk ke Victoria Forest.







Saudara Ramdy, tauke restoran.

Assalamualaikum dan salam hormat kpd semua. Sekarang aku berada di Restoran Victoria Forest, kedai makan kwn aku yang berkonsepkan hutan. Aku bangga dengannya kerana bermula dengan amat2 teruk dan kenek tok terbukti perniagaannya sudah maju. Bukannya cerita, aku pernah dibawanya untuk joinnya, maksud aku jadi rakan kongsi tp kerana aku kurang mampu, aku tolak tawarannya. Terus terang aku katanya disini, bukan aku tidak yakin dgnnya tapi masalah kewangan aku mendorong aku menolak tawarannya. Kini aku berasa amat bangga sekali dengannya krna semangatnya, nya mampu melangkah jauh. Dulu bukan ada wyless tp tengoklah sekarang, aku mampu menconteng blog aku di restorannya. Kalau ada kesempatan, datanglah ke sini dan kalau ada kelapangan, akan ku sertakan gambar restorannya. Sekian, bye-bye.


Suasana di Victoria Forest.

Khamis, 7 Januari 2010

TQ Air Asia

tugu peringatan ledakan bom bali 2002

semasa di bali, indonesia
waterfront manila
semasa di manila.
Cuaca sejuk di Hanoi pada siang hari mencecah 12c dan malam boleh mencecah hingga 4c. semasa di hanoi. Bersama seorang rakan yang baru dikenali semasa di Halong Bay, Hanoi. Bersama teman setia di Angkor Wat. Semasa perjalanan dari Phonh Phem ke Siam Reap.

Rabu, 6 Januari 2010

Ke mana terbang?????



Ladang Strawberi, Bandong.



Gunung Berapi Tekuban Perahu, Bandong.



Stesen Keretapi Gambir, Jakarta.



Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.



Tugu MONAS, Jakarta.

JIKA ANAK ANDA DEMAM

Julat suhu badan yang normal ialah 36 - 37 darjah C. Suhu yang melebihi 37.7 darjah C menandakan demam. Namun, paras ketinggian suhu tidak semestinya petanda yang tepat tentang keadaan sesuatu penyakit. Demam bukan merupakan penyakit tetapi adalah tanda penyakit. Selain penyakit, suhu badan anak juga berubah-ubah mengikut waktu dan kecerdasannya. Misalnya, suhu badan anak mungkin melebihi 38 darjah C selepas anak bermain bola sepak.

Adakah keadaan ini serius?

Bagi anak yang berumur bawah 6 bulan, suhu badan yang melebihi 37.7 darjah C merupakan satu keadaan yang serius. Jika suhu badan kekal tinggi, risiko berlakunya konvulsi (kekejangan) adalah tinggi.

Apakah tindakan pertama?

Jika anda mengesyaki anak demam, ambil suhu badannya. Kemudian ambil suhu badannya sekali lagi selepas 20 minit untuk melihat sama ada suhu badan berubah. Catatkan setiap bacaan.

Baringkan anak di atas katil dan tanggalkan pakaiannya walaupuin bilik tidak panas. Anak yang demam hanya perlu diselimutkan dengan kain yang nipis.

Jika suhu badan anak melebihi 40 darjah C, lap suam badan anak untuk menurunkan suhu badannya. Ambil suhu badannya setiap lima minit dan hentikan lap suam sebaik saja suhu badan turun kepada 38 darjah C. Jangan gunakan air sejuk untuk mengelap kerana ini akan mengecutkan pembuluh darah dan menghalang kehilangan haba. Ini menyebabkan suhu badan menjadi semakin tinggi. Beri anak sirap parasetamol hanya selepas cara lain tidak berjaya mengurangkan demam anak. Jangan sesekali memberi aspirin kepada anak yang menunjukkan tanda penyakit cacar air atau influenza kerana kajian menunjukkan kaitan antara pengambilan aspirin dan pembentukan sindrom Reye. Galakkan anak minum banyak air. Beri anak minum sedikit air beberapa kali dalam sehari.

Perlukah saya berjumpa doktor?

Bawa anak anda berjumpa doktor dengan segera jika anak berumur bawah enam bulan. Bawa anak berjumpa doktor dengan segera jika anak mengalami konvulsi (kekejangan), anak pernah mengalami konvulsi atau ada antara ahli keluarga anda pernah mengalami konvulsi febril. Bawa anak berjumpa doktor dengan segera jika demam berterusan melebihi 24 jam atau anda bimbang dengan sebarang tanda penyakit yang terdapat pada anak.

Apakah tindakan doktor?

Tempoh rawatan bergantung kepada punca demam. Jika puncanya ialah jangkitan bakteria, doktor mungkin memberi antibiotik. Jika puncanya ialah penyakit seperti cacar air atau selesema, tiada ubat akan diberikan. Yang diberikan hanya nasihat tentang cara memastikan anak anda berada dalam keadaan selesa.

Bagaimanakah saya boleh membantu?

Kerap mengganti kain cadar anak dan selimutkannya dengan kain nipis sahaja.

Letakkan tuala yang lembab pada dahi anak.

Jangan kejutkan anak untuk mengambil suhu badannya. Tidur adalah lebih penting.

Sumber : Stoppard, Miriam. Panduan Penjagaan Kanak-kanak. Tropical Press, 1998. ms 84 - 85.

tambah rezeki anda....sila kliks o....

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

1 TAHUN 1 BULAN