m h p photo | my stail mengucapkan Selamat di Dunia dan Akhirat kepada anda semua. Moga dirahmati oleh Allah SWT

Selasa, 22 Januari 2013

PROGRAM 1 MALAM KERFO DI PALM BEACH RESORT, SEMATAN

Pada 19-20 Januari 2013 lalu, Kelab Rekreasi & Fotografi Kuching bersama Kelab Rekreasi Komuniti Petra Jaya telah mengadakan program bermalam di Palm Beach Resort, Sematan yang dihadiri oleh hampir semua ahli semua ahli dari kedua-dua kelab bersama dengan keluarga masing-masing. Untuk makluman, ini adalah program bermalam untuk kali ke-3 yang telah dianjurkan oleh kelab ini. Pada tahun 2010, kelab ini mengadakan program seperti ini juga di Palm Beach Resort, Sematan. Pada tahun 2011 pula diadakan di Sematan Retreat Training Centre, Lundu. Yang menariknya semua program ini ialah, 3 tahun berturut-turut juga ada saja pasangan baru berkahwin. Pada tahun 2010, pasangan Fadil dan Nurul. Pada tahun 2011, pasangan Sariman dan Roziana dan tahun 2012 ialah pasangan Saiful dan Nurliza. Ini adalah sebahagian dari gambar yang dpt diam selama 2 hari 1 malam tersebut. 










































Isnin, 14 Januari 2013

Melatih Anak Hindari Tabiat Kencing Malam


Tabiat kencing malam atau ‘bedwetting’ ialah kencing yang tidak disengajakan pada waktu malam di atas katil bagi kanak-kanak yang berumur 5 – 6 tahun.
Oleh itu jika kanak-kanak itu berumur kurang dari 5 tahun, tabiat kencing malam masih boleh diterima. Ini adalah kerana apabila pundi kencing mereka mengumpulkan air kencing di waktu malam, otak mereka belum dilatih untuk memproses rangsangan itu bagi mengejutkan kanak-kanak itu untuk bangun dan membuangnya di bilik air.
Malah ada kanak-kanak yang berjaya melatih diri mereka pada umur yang lebih awal. Ia adalah sebahagian dari proses pembesaran kanak-kanak itu, maka janganlah disalahkan kanak-kanak itu.
Apabila kanak-kanak itu telah berumur 5 tahun ke atas dan mula memasuki sekolah tadika, pada kebiasaannya mereka telah dapat mengawal tabiat kencingnya pada waktu malam.
Tetapi jika masih lagi kencing malam di atas katil, melebihi dua kali sebulan pada umur 5-6 tahun ia dinamakan bedwetting atau nocturnal enuresis.
Bagi kanak-kanak yang selalu saja kencing atas tilam dinamakan sebagai primary enuresis, di mana ia berlaku tanpa sebab-sebab yang jelas.
Walau bagaimana pun harus diperiksa jika terdapat masalah serius seperti masalah saraf tunjang (spinal cord), jangkitan kuman pada air kencing atau diabetes.
Jika ia berlaku sesekali, keadaan ini dinamakan sebagai secondary enuresis, yang boleh terjadi apabila kanak-kanak itu terlalu penat, menghadapi masalah emosi (marah, sedih) atau jadual tidur yang bertukar.
Ia lebih banyak berlaku pada kanak-kanak lelaki lebih daripada kanak-kanak perempuan. Masalah psychosocial seperti rasa malu atau rendah diri mungkin timbul apabila kanak-kanak ini dimalukan oleh ibubapa atau ahli keluaraga mereka di hadapan orang ramai. Jadi elakkan daripada memalukan mereka.

Berjumpa doktor

Kanak-kanak yang berumur 5-7 tahun harus dibawa berjumpa doktor jika tabiat kencing malamnya tidak terkawal, iaitu mungkin setiap hari dia membasahi tilamnya. Namun begitu kanak-kanak yang berumur kurang dari 5 tahun, tabiat ini adalah proses tumbesaran semula jadi mereka yang tidak perlu dibimbangkan.
Doktor akan bertanyakan beberapa soalan mengenai kekerapan kencing di waktu malam. Oleh itu ibubapa sebaiknya cuba mencatatkan kekerapan anak mereka kencing malam bagi memudahkan rawatan.
Doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal terutama pada struktur tulang belakangnya. Pemeriksaan air kencing (UFEME) juga dilakukan bagi menyaring jangkitan kuman pada pundi kencing dan mengesan diabetes.
Doktor akan merawat kanak-kanak itu jika tabiatnya berkaitan dengan masalah kesihatan yang dihadapi.
Ada dua cara membantu kanak-kanak ini, iaitu melatih tabiat mereka (behavior therapy) dan satu lagi dengan memberikan ubat-ubatan.
Antara cara yang disarankan bagi melatih tabiat mereka ialah :
  • Pastikan mereka tidak meminum air yang terlalu banyak sebelum tidur.
  • Pastikan mereka akan ke bilik air untuk kencing sebelum tidur.
  • Berikan penghargaan apabila kanak-kanak itu berjaya mengelakkan kencing malam.
  • Kanak-kanak itu boleh diminta bertanggungjawab atas tabiat mereka dengan membantu ibubapa mengeringkan tilam dan menukarkan cadar.
  • Latihlah kanak-kanak untuk menahan kencing untuk beberapa jam, agar pundi kencing mereka dapat menahan kencing di waktu malam.
  • Terdapat beberapa sistem alarm yang dijual di farmasi bagi membantu kanak-kanak ini bangun untuk kencing di waktu malam.
Bedwetting alarms ialah satu cara membantu kanak-kanak agar dapat mengawal tabiat kencing malam mereka. Ia ada dijual di farmasi terpilih.
Terdapat dua jenis :
1.Wearable alarms
Kanak-kanak akan memakai seluar dalam yang mempunyai alat pengesan alat yang boleh mengesan kelembapan pada seluar mereka. Alat pengesan ini disambungkan menggunakan wayar kepada sistem bunyi yang akan berbunyi jika kanak-kanak itu kencing dalam seluarnya.
2.Wireless alarms
Sama seperti sistem di atas, cuma tiada wayar yang menghubungkan alat pengesan dan sistem bunyi. Apabila sistem ini dirangsangkan, ia berbunyi membolehkan kanak-kanak itu terjaga dan bangun untuk kencing di bilik air. Secara tidak langsung ia akan melatih kanak-kanak ini untuk bangun dan pergi ke bilik air.
Sistem alarm ini digunakan untuk beberapa bulan sehingga kanak-kanak itu benar-benar dapat mengawal tabiatnya. Apabila mereka telah berjaya mengawal tabiatnya selama sebulan, sistem ini diteruskan untuk 2 minggu lagi dan kemudian boleh dihentikan.
Jika kanak-kanak itu menghadapi masalah yang teruk, kemungkinan doktor akan memberikan ubat untuk untuk menghentikan tabiat ini. Antaranya DDAVP (desmopressin) tetapi haruslah berbincang dengan doktor tentang keperluannya. Ubat ini tidak digunakan pada jangka waktu yang panjang.

Wallahu a’lam

Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (110511)
http://drzubaidi.com/blog/

Isnin, 12 November 2012

belajar ambik gambar






Tok gambar aku ambik sik ada edit sbb mun nak edit tok maok masa panjang kit (sik pande edit nak, hahahaha).ambk gambar k suka2 jak ko.

JIKA ANAK ANDA DEMAM

Julat suhu badan yang normal ialah 36 - 37 darjah C. Suhu yang melebihi 37.7 darjah C menandakan demam. Namun, paras ketinggian suhu tidak semestinya petanda yang tepat tentang keadaan sesuatu penyakit. Demam bukan merupakan penyakit tetapi adalah tanda penyakit. Selain penyakit, suhu badan anak juga berubah-ubah mengikut waktu dan kecerdasannya. Misalnya, suhu badan anak mungkin melebihi 38 darjah C selepas anak bermain bola sepak.

Adakah keadaan ini serius?

Bagi anak yang berumur bawah 6 bulan, suhu badan yang melebihi 37.7 darjah C merupakan satu keadaan yang serius. Jika suhu badan kekal tinggi, risiko berlakunya konvulsi (kekejangan) adalah tinggi.

Apakah tindakan pertama?

Jika anda mengesyaki anak demam, ambil suhu badannya. Kemudian ambil suhu badannya sekali lagi selepas 20 minit untuk melihat sama ada suhu badan berubah. Catatkan setiap bacaan.

Baringkan anak di atas katil dan tanggalkan pakaiannya walaupuin bilik tidak panas. Anak yang demam hanya perlu diselimutkan dengan kain yang nipis.

Jika suhu badan anak melebihi 40 darjah C, lap suam badan anak untuk menurunkan suhu badannya. Ambil suhu badannya setiap lima minit dan hentikan lap suam sebaik saja suhu badan turun kepada 38 darjah C. Jangan gunakan air sejuk untuk mengelap kerana ini akan mengecutkan pembuluh darah dan menghalang kehilangan haba. Ini menyebabkan suhu badan menjadi semakin tinggi. Beri anak sirap parasetamol hanya selepas cara lain tidak berjaya mengurangkan demam anak. Jangan sesekali memberi aspirin kepada anak yang menunjukkan tanda penyakit cacar air atau influenza kerana kajian menunjukkan kaitan antara pengambilan aspirin dan pembentukan sindrom Reye. Galakkan anak minum banyak air. Beri anak minum sedikit air beberapa kali dalam sehari.

Perlukah saya berjumpa doktor?

Bawa anak anda berjumpa doktor dengan segera jika anak berumur bawah enam bulan. Bawa anak berjumpa doktor dengan segera jika anak mengalami konvulsi (kekejangan), anak pernah mengalami konvulsi atau ada antara ahli keluarga anda pernah mengalami konvulsi febril. Bawa anak berjumpa doktor dengan segera jika demam berterusan melebihi 24 jam atau anda bimbang dengan sebarang tanda penyakit yang terdapat pada anak.

Apakah tindakan doktor?

Tempoh rawatan bergantung kepada punca demam. Jika puncanya ialah jangkitan bakteria, doktor mungkin memberi antibiotik. Jika puncanya ialah penyakit seperti cacar air atau selesema, tiada ubat akan diberikan. Yang diberikan hanya nasihat tentang cara memastikan anak anda berada dalam keadaan selesa.

Bagaimanakah saya boleh membantu?

Kerap mengganti kain cadar anak dan selimutkannya dengan kain nipis sahaja.

Letakkan tuala yang lembab pada dahi anak.

Jangan kejutkan anak untuk mengambil suhu badannya. Tidur adalah lebih penting.

Sumber : Stoppard, Miriam. Panduan Penjagaan Kanak-kanak. Tropical Press, 1998. ms 84 - 85.

tambah rezeki anda....sila kliks o....

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

1 TAHUN 1 BULAN