Assalammualaikum dan salam hormat.....
Aku.....aku adalah aku dan kamera aku, kadang-kadang aku punya, kadang-kadang wife aku punya dan kadang-kadang anak aku yang punya walaupun mereka tahu kamera itu aku yang punya. Aku mula meminati kamera tok sejak aku berumur 20 tahun lagi tapi aku sik mampu untuk memilikinya. Aku masih ingat, kamera yang benar-benar pertamaku, aku beli di Kota Raya Plaza (rah KL ya bah, nak depan Petaling Street ya ko). Kamera ya k filem n mun pas ambik gambar, kita mesti pusing-pusing kat belakang kamera untuk ambil gambar lain. Ya cita dolok marek ko.
Hari tok aku dah ada kamera DSCL Canon 40D. Pada mulanya aku punyai kamera DSCL Sony A300 tapi kawan aku menasihatkan aku untuk menukar ke Canon. Bukan apa katanya, semua geng-geng pakai Canon, senang sandak-sandak (pinjam-pinjam kata urg). Canon juak ada 2nd hand n ada juak 3 party. Benar juak pikir aku. Aku cuma dapat berkenalan dengan DSCL Sony A300 aku cuma 3 bulan. Kamera pertama aku ya ada rakan-rakan "sepejuangan" yang sama aku beli. Rakan-rakannya mun aku sik silap ,lens 18mm-55mm, 70mm-200mm dan flash Sony HVL-F58AM. Atas nasihat dari rakanku yang aku anggap sebagai sifuku (gambarnya power gila pok, macam dewa), aku pun menjual juak kameraku ya kepada anak kawan "sepengadil"ku, abang Julyhi sbb anaknya yang belajar di jurusan kamera-kameralah (UiTM Sarawak) memerlukan kamera yang seangkatan dengan kameraku. Dengan hati yang berat tapi tangan yang ringan aku jual kepadanya secara bayar pupuk-pupuk (ansur-ansur). Dengan deposit sebanyak RM500.00, kuserahkan kamera pertamaku kepadanya.
Kembali kepada Canon 40D ku.....Sifuku menelepon aku menyatakan bahawa ada seseorang dari bumi Semenanjung mahu menjual Canon 40D dan atas dorongan dan nasihat dari sifuku, aku pun sms orang punya badan. Nasib aku memang bagus. Masa ya ada Karnival KBS di Bukit Jalil dan aku salah seorang atlit terpilih untuk mewakili Zon H (Sabah, Sarawak n Labuan) dalam acara ping-pong. Aku ngambik peluang tok untuk berjumpa dengan orang punya badan tentang Canon 40D dan aku berjaya memperolehi kamera tersebut bersama sahabat D40 iaitu Lens Canon EF 50mm f/1.8. Hari itu juga aku "check-out" dari asrama UPM (tempat atlit-atlit KBS menetap) ke Palace Hotel, Jln Masjid India bersama rakanku, Dato' Johari. Malam itu adalah malam pertamaku bersama Canon 40D. Peh......hebat pok. Sik ku sangka best ado jak kamera yo.
Begitulah aku dan kameraku dan sampai sekarang aku tetap setia dengan 40D aku tapi 40D aku sering saja bertukar-tukar rakan atas sebab keserasian yang tak mengancam. Tapi hati aku mala jak madah, "ko sik maok k 1D Mark IV kah Jah?"..... Ah.... cako ko mala jak ngasut aku. Ingat ko, kelak aku tukar juak kelak. Tunggu lok, aku lum stabil tok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan